Program Latihan

Latar Belakang

Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Program‐program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan PUSMA Negeri serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).

Komponen Program

Jenis ‐jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada dua :
• Pewujudan Usahawan
• Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan

Objektif & Strategi Program

Objektif:
• Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya.
• Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.
• Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan /  perniagaan masing – masing.
• Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.

Strategi:
• Mengadakan kursus‐kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan
• Menganjurkan kursus ‐ kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan
• Menyediakan kursus ‐ kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat      memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan
• Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan /perdagangan

Pewujudan Usahawan
MARA telah melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan semenjak 1976 lagi. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai wawasan diri dan berkualiti serta bijak dalam mencari peluang perniagaan yang berdaya maju.

Sasaran Peserta
• Terbuka kepada Bumiputera yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan.
• Berusia antara 18 hingga 60 tahun dan berkelulusan sekurang‐kurangnya SPM.

Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan
Kursus Peningkatan dan Pengukuhan yang dilaksanakan adalah bertujuan meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing.

Sasaran Peserta
• Usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan perniagaan
• Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU.

Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan Bumiputera serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Objektif
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera menyertai dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan.

Matlamat Pusma Wilayah Persekutuan
Mewujudkan Usahawan Kelas Menengah & Top Entrepreneur dan penambahan Aset & Ekuiti Bumiputera selaras dengan matlamat Bahagian Pembangunan Usahawan.

Strategi
Pembudayaan Keusahawanan
Inkubator
Pakarunding
Smartpartnership

Bidang Fokus
Industri Makanan Halal
Industri Asas Tani / Bioteknologi / Herba
Industri Perkhidmatan ICT, Automotif, Elektrik
Elektronik, Logistik dan lain-lain
Industri Perabot / Biokomposit