28 0

Posted by  in Pusma

Untuk makluman, MARA akan menganjurkan Seminar MIPEX 2012 yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. MIPEX 2012 adalah merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama inter-agensi , NGO dan syarikat industri sektor pembinaan. Pengisian utama program adalah Ekspo dan Seminar. Ekspo akan mempamer dan mempromosikan produk IBS serta rumah mampu milik IBS MARA manakala Seminar MIPEX 2012 berkaitan maklumat pelaksanaan projek IBS di Malaysia, peluang perniagaan, teknologi dan produk IBS.

Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh             :           29 Mei 2012 (Seminar & Perasmian)
29 Mei – 01 Jun 2012 (Expo/Pameran)
Tempat          :           Dewan Utama, Aras 6
Menara MARA, Kuala Lumpur

Justeru itu, bagi mereka yang berminat untuk menghadiri program di atas, mohon kerjasama untuk mendaftar awal di kaunter pendaftaran pada 29 Mei 2012.